Sunday, 10 April 2016

100% Kebaikan Semulajadi!!

" Beau'Tea Rose"




Apa itu " Beau’Tea Rose "? Ia adalah teh yang dibuat dengan kelopak bunga ros yang sebenar. Teh Bunga Ros memang terbukti baik untuk kecantikan tubuh badan kerana ianya mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi. Selain daripada itu, ianya juga mengandungi vitamin A, B3, D dan E yang sememangnya berkhasiat uuntuk tubuh badan dan juga untuk kecantikan kulit.

Selain daripada khasiat untuk kecantikan, “ Beau’Tea Rose ” juga boleh memberikan ketenangan dan keseimbangan minda, kerana ia mengandungi pektin , Malic dan Citric Asid . Kesemua bahan-bahan ini memberikan keupayaan untuk mengimbangi minda secara semulajadi. Harumannya semasa menikmati minuman ini juga dapat membangkitkan kesegaran kepada anda.

Amalan ini juga membantu badan anda untuk menangani jangkitan dan membantu untuk membina semula bakteria baik yang biasanya terdapat pada usus. Dengan mengamalkan “ Beau’Tea Rose ”, anda boleh kekal cergas ketika melakukan pelbagai aktiviti. Bukankah itu menjadi impian bagi anda yang untuk sentiasa kekal aktif ? Jika anda minum “ Beau’Tea Rose ” dengan kerap, anda akan dapat untuk menjaga tubuh anda dalam keadaan yang baik .

“ Beau’Tea Rose ” mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan masalah hati seperti kelesuan dan sembelit. Ia juga dapat membersihkan pundi kencing dan hati kerana ia menggalakkan aliran hempedu. Itu adalah antara hasil yang boleh anda jangkakan dengan mengamalkan minuman “ Beau’Tea Rose ”.



Apa yang penting sekali, ianya adalah semulajadi, tanpa tambahan bahan kimia.